Ini sebab rekaan iPhone XI (2019) tepat seperti apa yang tertiris

Beberapa bulan sahaja lagi Apple bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu siri iPhone 11 atau mungkin dikenali sebagai iPhone XI, iPhone XI Max dan iPhone XIR.

Sebelum ini pelbagai ura-ura telah tersebar mengenainya sejak awal tahun ini. Ia termasuk gambar acuan rekaan iPhone XI yang tersebar sebagai acuan untuk membuat pelindung (casing) peranti. Selain itu, salah satu laman sesawang yang cukup terkenal dengan sumber yang tepat juga turut kongsikan video cetakan 3D siri iPhone XI.

Tidak cukup dengan itu, seorang pengulas teknologi terkenal iaitu MKBHD melalui Instagram beliau telah kongsikan gambar pelindung yang dikhabarkan adalah pelindung untuk iPhone XI. Selain dari MKBHD, laman sesawang lain juga turut kongsikan gambar pelindung yang dilengkapi dengan ketiga-tiga model baru itu.

  • MKBHD
  • Gizmochina
  • Phone Arena

Merujuk dari tahun-tahun sebelum ni, bila pelindung peranti dah mula dikeluarkan, selalunya rekaan sesuatu peranti itu telahpun menjadi kata putus. Saya boleh cakap, rekaan iPhone XI dan iPhone XI Max adalah 99.9% tepat seperti apa yang tertiris.

Untuk iPhone XI dan iPhone XI Max, kedua-duanya akan dilengkapi dengan tri-kamera yang mempunyai rekaan seperti yang anda pernah lihat pada Huawei Mate 20 Pro.

Untuk iPhone XIR, ia akan dilengkapi dengan dwi-kamera. Jika merujuk pada gambar pelindung, rekaan kamera iPhone XIR adalah sama seperti iPhone XI. Cuma ia hanya dwi-kamera.

Siri iPhone tahun ini juga dilaporkan masih mengekalkan rekaan skrin yang bertakuk (notch) seperti iPhone Xs dan iPhone Xs. Selain itu, ia juga masih mengekalkan panel skrin OLED. Tapi tidak pasti siapa pembekal untuk Apple kali ini.

Saiz ketiga-tiga siri iPhone XI juga turut dikekalkan. iPhone XI dengan skrin OLED bersaiz 5.8-inci, iPhone XI Max skrin OLED bersaiz 6.4-inci dan iPhone XIR dengan saiz skrin LCD 6.1-inci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami