OnePlus 7 akan mula dijual pada 4 Jun ini dengan harga bermula RM1,987

Umum sedia maklum bahawa pada 14 Mei yang lepas OnePlus telah perkenalkan siri terbaru OnePlus 7. Ia termasuk OnePlus 7 biasa dan OnePlus 7 Pro dengan spesifikasi luar biasa.

Menurut laporan dari Tech Radar, OnePlus 7 akan mula dijual di pasaran India bermula 4 Jun ini dengan 2 pilihan variasi dan 2 pilihan warna iaitu Hitam dan Merah.

Seperti OnePlus 6T, rekaan pada OnePlus 7 juga mempunyai rekaan yang sama dengan skrin 6.41-inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan ketahanan Gorilla Glass 6 dan masih mengekalkan takuk WaterDrop seperti OnePlus 6T.

OnePlus 7 dikuasakan dengan Snapdragon 855 dan storan memori UFS 3.1 yang sama seperti OnePlus 7 Pro tetapi dengan ciri kamera yang agak berbeza sedikit kerana ia hanya dibekalkan dengan dwi-kamera 48MP f/1.7 + 5MP f/2.4. Manakala kamera hadapan swafoto 16MP f/2.0.

Bateri yang dibekalkan berbeza dengan OnePlus 7 Pro kerana ia hanya dibekalkan dengan bateri sebesar 3,700mAh dan pengecasan pantas 20W.

Harga yang ditawarkan buat pasaran India (tukaran wang asing) :

  • 6GB + 128GB = Rs 32,999 (RM1,987)
  • 8GB + 256GB = Rs 37,999 (RM2,288)

Untuk pasaran rasmi di Malaysia, pihak XianFeng (pengedar di Malaysia) masih belum memaklumkan sama ada OnePlus 7 akan dijual di pasaran tempatan atau tidak. OnePlus 7 dikhabarkan akan dijual di pasaran China dan India sahaja buat masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami